Emas - semua mampu memilikinya.

Public Gold products:

Tuesday, March 23, 2010

Ilmu pelaburan emas - Satu kemestian sebelum membuat pelaburan emas.

Salam semua..

Agak sibuk dalam tempoh seminggu dua nie sebab menguruskan urusan transfer kerja ke Perlis selama setahun.. Actually aku cuba juga tolak offer transfer tu tapi semua executive tempat kerja aku kena pergi coz company dah set program exchange untuk executive.. Kalau tak pergi sekarang next year akan kena juga & sebelum kahwin nie lebih baik aku terima saja offer tu.. Tapi urusan jual beli emas tetap berjalan seperti biasa walaupun aku berada di Perlis.. Aku pun bukannya dok Perlis nie setahun x balik2.. Tiap2 bulan aku still kena pergi ofis lama aku untuk reporting job..

Actually apa yang aku nak share kali nie adalah tentang pentingnya ilmu pelaburan emas nie.. Ramai member or customer baru aku yang hanya membuat pelaburan emas ini secara melulu.. Bila dengar harga emas naik & trend yang meningkat setiap tahun, semua nak cuba melabur.. Bila dengar ada orang kena tipu melalui skim pelaburan emas, mereka mula menggelabah tak tentu pasal.. Aku sendiri sebelum buat pelaburan emas nie, lebih 6 bulan aku belajar tentang ilmu emas melalui ebook, seminar, blog & macam2 lagi.. So bila dah yakin & rasa sesuatu risiko pelaburan itu sesuai dengan kita baru la boleh kita mulakan langkah pertama kita..

Dan kita juga perlu ingat bahawa ilmu yang kita mahu itu tak semuanya percuma.. Kita kena sanggup keluarkan modal untuk dapatkan ilmu itu.. Itu juga terpulang kepada individu untuk membuat pelaburan dalam ilmu emas.. Lagi banyak kita melabur dalam ilmu emas maka lagi yakin & susah kita kalah dalam perjuangan pelaburan emas..

So sebelum aku abis kan sesi posting aku kali nie, aku nak promote blog yang banyak bagi aku ilmu pelaburan emas.. Kire ilmu percuma jugak la.. Ringan2 kan tangan anda untuk melawat blog saudara Syukor Hashim (jutawanemas.com)

Sekian, wassalam..

Monday, March 8, 2010

7 kesilapan lazim dalam mengurus wang

Salam semua,

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.
Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.


Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

Wassalam..