
Agak lama tak update blog nie.. maklum la banyak perkara yang perlu dilakukan sambil asyik mengintai kesempatan nak beli emas masa harga tengah menurun nie.. Alhamdulillah dah lock harga semalam & cukup sudah jumlah emas PG aku untuk layak jadi agen.. Mungkin minggu depan kalau ada kelapangan aku balik Melaka collect emas & terus selesaikan urusan pendaftaran agen PG..
Tapi itu semua hasil lepas aku pajak kan emas PG aku di Ar-Rahnu Agro Bank.. Tak banyak yang aku pajak, cuma 100 gram (50g PG bar & 50g PG coin). Mulanya nak pajak di Ar-Rahnu Bank Rakyat, tapi dapat tau dari En. Syukor (admin Jutawanemas.com) yang Bank Rakyat dah bekukan pajakan gold bars & gold coins buat sementara waktu.. Aku call pegawai Bank Rakyat cawangan Bahau untuk confirm kan hal tu & memang betul Bank Rakyat dah bekukan pajakan gold bars & gold coins buat sementara.. Tapi tak tau sampai bila..
So aku buat keputusan nak rempit emas aku kat Ar-Rahnu Agro Bank. Tujuan aku pajak emas PG aku nie adalah untuk aku beli PG 100 gram.. Memandangkan aku dah ada sedikit tunai, jadi aku ambil keputusan nak pajak 100 gram dari koleksi emas aku..
Tiba saja aku di Agro Bank cawangan Bahau, terus aku tanya pada pegawai bank di situ macam mana nak buat pajakan emas di Agro Bank.. Pegawai kat situ sangat membantu.. Penerangan jelas diberikan tentang proses dan prosedur untuk pajak emas di Agro Bank.. Lepas tue aku diminta isikan borang..
Selesai isi borang aku diminta untuk ke bilik pegawai Ar-Rahnu untuk test emas PG aku.. Proses ujian emas aku perfect!!! Semua emas aku yang nak dipajak adalah cukup berat & ketulenannya.. Kemudian maklumat-maklumat tadi diisi di dalam sistem Agro Bank oleh pegawai Ar-Rahnu kat situ & terus terpapar maklumat tentang jumlah nilai emas aku, jumlah pinjaman dan upah simpan.. Maklumat tersebut adalah seperti berikut;
- Berat emas = 100 gram (50g PG bar & 50g PG coin)
- Nilai marhum (nilai emas) = RM 11820
- Jumlah pinjaman = RM 7680 (65% dari nilai marhum)
- Upah simpan = RM 531.90 (RM0.75/RM100 nilai marhum selama 6bln.)
Kemudian pegawai Ar-Rahnu tue mintak sijil ketulenan emas PG aku.. Mungkin untuk die sah kan betul-betul yang emas aku tue tulen & milik aku.. Dengan rasa konfiden jer aku bagi kat pegawai Ar-Rahnu tue.. Die ambil & buat satu salinan untuk die.. Selesai semua tue baru la pegawai Ar-Rahnu tue print kan Surat Akuan Gadaian (seperti di gambar yang tertera).. Aku diminta tandatangan pada Surat Akuan Gadaian tue.. Lepas tu pegawai tu suruh aku tunggu di kaunter luar untuk ambil wang pinjaman tadi..
Tak panas lagi punggung aku duduk, pegawai bank di kaunter Agro Bank tu panggil aku & terus die bagi jumlah wang pinjaman tue sekali dengan Surat Akuan Gadian salinan aku.. Selesai semua proses pajakan emas PG aku kat Agro Bank.. Aku fikirkan agak kompleks prosedurnya, rupanya mudah sangat prosedurnya di tambah pulak pegawai kat Agro Bank cawangan Bahau tue memang friendly..
So sampai tu je aku nak cerita.. Maybe next posting aku nak cerita pengalaman nak jadi agen PG plak.. Maklum la dah layak jadi agen PG kn.. hehehe..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment