Salam semua..
Jam dah 4.30am & mata still xleh nak lelap lagi.. So aku rasa ada baik aku update blog aku nie.. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.. Rasanya masih ada lagi mood raya skarang nie.. Maklumlah time2 cam nie ramai gak yang sibuk nak wat open house.. Aku tahun nie tak buat open house tapi pada sapa yang sudi anda dijemput beraya di rumah saya.. hehehe..
Kali nie x banyak isu tentang emas yang aku nak share kan.. Buat masa nie aku still tgh monitor harga emas.. Target aku kalau harga turun usd970 ke bawah nak rembat PG20 gram atau pon PG50 gram.. Tengok gak la budget camana dulu..
Dalam tempoh 2~3 minggu lepas aku sibuk study tentang pasif income.. Banyak yang aku baca dan banyak yang aku dapat.. Aku study tentang ASB loan, OD ASB & hartanah lelong.. Hasilnya aku dah apply ASB loan untuk RM200k dan dah approve dah.. Agreement dah sain sebelum raya hari tu & skarang tengah tunggu arahan pembayaran dari bank.. Aku buat loan ASB dengan CIMB bank.. Mulanya aku shortlisted kan CIMB & Maybank, tapi lastly aku pilih CIMB sebab interest yang die offer rendah dari Maybank.. Aku tak pasti la pilihan aku nie tepat ke tak, tapi aku harap ianya tepat bagi diri aku..
Then aku cuba apply overlap bank rakyat loan aku dari RM16k ke RM30k.. Tujuan aku supaya dapat guna duit loan bank rakyat untuk cover payment ASB loan selama setahun sebanyak RM14508 dan balancenya boleh dibuat modal untuk jadi agen public gold (tu pon kena cilok duit saving aku).. Malangnya lepas dikira2 oleh brader bank rakyat tu, aku diberitahu hanya boleh wat dalam RM24k saja.. Silap aku kerana dalam slip gaji aku, aku ada masukkan potongan untuk saving aku.. So balance gaji aku wat kan aku layak RM24k aje.. Frust jugak aku time tue & lastly aku pon setuju dengan jumlah RM24k tu.. Selang 2 hari lepas tu bank rakyat hantar sms bagi tau loan aku approved & suruh datang sain agreement.. Jadi disebabkan overlap aku x dapat seperti ape yang aku nak, hasrat aku nak jadi agent untuk public gold terpaksa ditangguhkan.. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. Aku kena redha dan berusaha lagi..
Selepas dikaji semula tentang situasi kewangan aku, aku ambil keputusan nak apply untuk OD ASW2020 pulak.. Banyak juga yang aku study tentang camana nak apply OD nie, tip2 nak kurangkan OD interest charge & saving melalui OD ASB nie..Tapi asas untuk OD nie adalah disiplin.. Bagi aku nak handle OD nie kena kuat disiplin.. Kalau disiplin kurang, boleh tergadai sijil ASB korang nanti (mintak dijauhkan la..)..Disebabkan ASB aku dah penuh dengan loan ASB 200k aku yang baru approve, so aku kena buat OD dengan ASW2020 aku.. Aku x pasti boleh ke x buat OD dengan ASW2020..yang biasa aku dengar OD ASB..hehe.. tapi aku ada checked kat CIMB website & ada stated boleh buat OD dengan ASW2020.. Ape2 hal pon aku akan confirmkan dengan pihak bank nanti.. Harap boleh la..
Dengan duit OD nie nanti aku bercadang nak mula layan hartanah lelong sambil maintain buat saving dengan OD nie.. Jadi aku dah mula gak study tentang hartanah lelong nie.. Aku kena wat research betul2 sebelum start.. Aku jugak ada contact member baik aku yang kat KL untuk JV rumah lelong kat area KL/Selangor.. Maklum la aku bukannya expert area KL/Selangor nie dan aku nampak banyak potential property lelong kat sana.. Tapi at the same time aku still survey potential property lelong di Melaka/N.Sembilan sebab aku kerja & asal dari sana.. Apa2 hal pon aku akan terus study tentang hartanah lelong nie & aku perlu buat deep discussion ngan member baik aku tentang peluang nie.. Member baik aku tu pon dah mula gak study tentang hartanah lelong nie rupanya.. Senang la sket jalan ceritanya nanti..
Semua yang aku buat dan rancang nie adalah untuk mencapai kebebasan kewangan melalui pasif income seperti yang aku cerita tadi.. Target aku untuk capai kebebasan kewangan 8 tahun dari sekarang (usia aku masa tu 35 tahun).. Harap semua rakan dapat mendoakan aku berjaya dan tidak terpesong dari landasan dalam mengejar kebebasan kewangan ini..
Salam mesra..
p/s: Thanks kat otai2 gold investment, asb loan, od asb & hartanah lelong.. Info & ilmu yang korang share kat blog & forum sangat berguna bagi aku..semoga kita semua success..keep it up all.. :)
Emas - semua mampu memilikinya.
Public Gold products:
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 14, 2009
Emas pertama aku!!!
Salam semua..
Esok aku mula kerja untuk minggu nie (hari nie aku cuti..hehe..). Nak drive awal pagi dari Melaka ke Bahau. Maklum la cari rezeki kat sana. Tapi takpe, Khamis nie aku dah mula cuti raya dah..Just kerja 3 hari je minggu nie.
Jadi sebelum tidur nie aku nak cerita sket tentang emas pertama aku yang aku beli dari En. Syukor. Mula terdetik aku nak beli emas nie bila aku mula lawat blog En. Syukor (Jutawan Emas). Maklumat yang ada dalam blog tu sangat menarik. Aku mula baca satu persatu artikel yang di post kat blog tue. Tiba-tiba aje En. Syukor & the team keluarkan ebook dieorang (Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas). Aku terus aje beli and study dari ebook tue. Habis aje baca ebook tue, aku teruja nak beli emas. So aku buat keputusan untuk beli PG 50 gram. Aku pilih PG sebab masa urusniaga untuk PG flexible. Just contact agen PG & deal bila nak berurusniaga.
Selepas aku contact En. Syukor dan buat appointment dengan dia untuk beli emas pada 4 Sept 2009, kami setuju nak berjumpa pada malam tue dalam jam 11 malam. Itulah kali pertama aku berurusan emas dalam hidup aku. Aku jumpa dengan En. Syukor kat Bukit Beruang, Melaka sebab aku memang rancang nak balik Melaka minggu tue. Time jumpa dengan En. Syukor sempat die bagi tips tentang pelaburan emas nie. Dia yakinkan aku tentang pelaburan emas nie sebab time aku beli tu harga emas dah mula naik. Harga PG bar 50 gram time tue RM5992 berbanding harga 4 hari sebelum sekitar RM5740. So aku berpegang pada pesan En. Syukor untuk beli emas pada bila-bila masa ketika mampu. Lagi pun memang aku beli emas nie untuk mid to long term investment. Jadi tanggal 4 Sept 2009 tue bermulalah langkah aku dalam pelaburan emas nie..
Selamat malam semua..

PG bar 50 gram aku yang pertama!!!
Certificate Authenticity untuk PG bar 50 gram aku
Sekarang nie aku masih lagi belajar, cari maklumat dan cuba kumpul modal untuk jadi agen PG pulak. Harap otai-otai emas yang ada dapat membantu dan bimbing aku untuk terus maju dalam pelaburan emas ini. Aku juga akan cuba share apa maklumat yang aku dapat supaya ilmu tue terus berkembang dan terus dimanfaatkan. Ada la jugak bekalan nak dibawa di kemudian hari nanti..Bak kat penulis blog pokli.com "Sharing Is Caring".Selamat malam semua..
Sunday, September 13, 2009
Hari ini dalam sejarah..
Salam semua..
Tanggal 13 September 2009 nie bermulalah satu lagi pengalaman baru bagi aku.. Aku dah ada blog!!! hehe.. Dah lama aku mengidamkan nak buat blog nie tapi tak ada apa yang mendorong aku untuk mula.. Idea nak mula berblog nie datang bila aku mula terjebak dalam pelaburan emas.. Tujuan aku nak share ilmu emas nie dengan semua orang baik yang dah terjebak dalam emas nie atau pun yang baru nak kanal tentang pelaburan emas nie.. Selain itu aku juga nak tambahkan network aku dalam pelabuaran emas ini.. Lagi ramai network lagi banyak ilmu yang dapat di share..InsyaAllah walaupun sibuk dengan kerja aku akan cuba sedaya upaya luangkan masa untuk sampaikan ilmu yang aku ada melalui blog nie.. Harap apa yang aku idamkan menjadi kenyataan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya..Amin..
Ikhlas dari JoeFadli.

Subscribe to:
Posts (Atom)