Salam semua..
Jam dah 4.30am & mata still xleh nak lelap lagi.. So aku rasa ada baik aku update blog aku nie.. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.. Rasanya masih ada lagi mood raya skarang nie.. Maklumlah time2 cam nie ramai gak yang sibuk nak wat open house.. Aku tahun nie tak buat open house tapi pada sapa yang sudi anda dijemput beraya di rumah saya.. hehehe..
Kali nie x banyak isu tentang emas yang aku nak share kan.. Buat masa nie aku still tgh monitor harga emas.. Target aku kalau harga turun usd970 ke bawah nak rembat PG20 gram atau pon PG50 gram.. Tengok gak la budget camana dulu..
Dalam tempoh 2~3 minggu lepas aku sibuk study tentang pasif income.. Banyak yang aku baca dan banyak yang aku dapat.. Aku study tentang ASB loan, OD ASB & hartanah lelong.. Hasilnya aku dah apply ASB loan untuk RM200k dan dah approve dah.. Agreement dah sain sebelum raya hari tu & skarang tengah tunggu arahan pembayaran dari bank.. Aku buat loan ASB dengan CIMB bank.. Mulanya aku shortlisted kan CIMB & Maybank, tapi lastly aku pilih CIMB sebab interest yang die offer rendah dari Maybank.. Aku tak pasti la pilihan aku nie tepat ke tak, tapi aku harap ianya tepat bagi diri aku..
Then aku cuba apply overlap bank rakyat loan aku dari RM16k ke RM30k.. Tujuan aku supaya dapat guna duit loan bank rakyat untuk cover payment ASB loan selama setahun sebanyak RM14508 dan balancenya boleh dibuat modal untuk jadi agen public gold (tu pon kena cilok duit saving aku).. Malangnya lepas dikira2 oleh brader bank rakyat tu, aku diberitahu hanya boleh wat dalam RM24k saja.. Silap aku kerana dalam slip gaji aku, aku ada masukkan potongan untuk saving aku.. So balance gaji aku wat kan aku layak RM24k aje.. Frust jugak aku time tue & lastly aku pon setuju dengan jumlah RM24k tu.. Selang 2 hari lepas tu bank rakyat hantar sms bagi tau loan aku approved & suruh datang sain agreement.. Jadi disebabkan overlap aku x dapat seperti ape yang aku nak, hasrat aku nak jadi agent untuk public gold terpaksa ditangguhkan.. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. Aku kena redha dan berusaha lagi..
Selepas dikaji semula tentang situasi kewangan aku, aku ambil keputusan nak apply untuk OD ASW2020 pulak.. Banyak juga yang aku study tentang camana nak apply OD nie, tip2 nak kurangkan OD interest charge & saving melalui OD ASB nie..Tapi asas untuk OD nie adalah disiplin.. Bagi aku nak handle OD nie kena kuat disiplin.. Kalau disiplin kurang, boleh tergadai sijil ASB korang nanti (mintak dijauhkan la..)..Disebabkan ASB aku dah penuh dengan loan ASB 200k aku yang baru approve, so aku kena buat OD dengan ASW2020 aku.. Aku x pasti boleh ke x buat OD dengan ASW2020..yang biasa aku dengar OD ASB..hehe.. tapi aku ada checked kat CIMB website & ada stated boleh buat OD dengan ASW2020.. Ape2 hal pon aku akan confirmkan dengan pihak bank nanti.. Harap boleh la..
Dengan duit OD nie nanti aku bercadang nak mula layan hartanah lelong sambil maintain buat saving dengan OD nie.. Jadi aku dah mula gak study tentang hartanah lelong nie.. Aku kena wat research betul2 sebelum start.. Aku jugak ada contact member baik aku yang kat KL untuk JV rumah lelong kat area KL/Selangor.. Maklum la aku bukannya expert area KL/Selangor nie dan aku nampak banyak potential property lelong kat sana.. Tapi at the same time aku still survey potential property lelong di Melaka/N.Sembilan sebab aku kerja & asal dari sana.. Apa2 hal pon aku akan terus study tentang hartanah lelong nie & aku perlu buat deep discussion ngan member baik aku tentang peluang nie.. Member baik aku tu pon dah mula gak study tentang hartanah lelong nie rupanya.. Senang la sket jalan ceritanya nanti..
Semua yang aku buat dan rancang nie adalah untuk mencapai kebebasan kewangan melalui pasif income seperti yang aku cerita tadi.. Target aku untuk capai kebebasan kewangan 8 tahun dari sekarang (usia aku masa tu 35 tahun).. Harap semua rakan dapat mendoakan aku berjaya dan tidak terpesong dari landasan dalam mengejar kebebasan kewangan ini..
Salam mesra..
p/s: Thanks kat otai2 gold investment, asb loan, od asb & hartanah lelong.. Info & ilmu yang korang share kat blog & forum sangat berguna bagi aku..semoga kita semua success..keep it up all.. :)
No comments:
Post a Comment