Esok aku mula kerja untuk minggu nie (hari nie aku cuti..hehe..). Nak drive awal pagi dari Melaka ke Bahau. Maklum la cari rezeki kat sana. Tapi takpe, Khamis nie aku dah mula cuti raya dah..Just kerja 3 hari je minggu nie.
Jadi sebelum tidur nie aku nak cerita sket tentang emas pertama aku yang aku beli dari En. Syukor. Mula terdetik aku nak beli emas nie bila aku mula lawat blog En. Syukor (Jutawan Emas). Maklumat yang ada dalam blog tu sangat menarik. Aku mula baca satu persatu artikel yang di post kat blog tue. Tiba-tiba aje En. Syukor & the team keluarkan ebook dieorang (Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas). Aku terus aje beli and study dari ebook tue. Habis aje baca ebook tue, aku teruja nak beli emas. So aku buat keputusan untuk beli PG 50 gram. Aku pilih PG sebab masa urusniaga untuk PG flexible. Just contact agen PG & deal bila nak berurusniaga.
Selepas aku contact En. Syukor dan buat appointment dengan dia untuk beli emas pada 4 Sept 2009, kami setuju nak berjumpa pada malam tue dalam jam 11 malam. Itulah kali pertama aku berurusan emas dalam hidup aku. Aku jumpa dengan En. Syukor kat Bukit Beruang, Melaka sebab aku memang rancang nak balik Melaka minggu tue. Time jumpa dengan En. Syukor sempat die bagi tips tentang pelaburan emas nie. Dia yakinkan aku tentang pelaburan emas nie sebab time aku beli tu harga emas dah mula naik. Harga PG bar 50 gram time tue RM5992 berbanding harga 4 hari sebelum sekitar RM5740. So aku berpegang pada pesan En. Syukor untuk beli emas pada bila-bila masa ketika mampu. Lagi pun memang aku beli emas nie untuk mid to long term investment. Jadi tanggal 4 Sept 2009 tue bermulalah langkah aku dalam pelaburan emas nie..
PG bar 50 gram aku yang pertama!!!
Certificate Authenticity untuk PG bar 50 gram aku
Sekarang nie aku masih lagi belajar, cari maklumat dan cuba kumpul modal untuk jadi agen PG pulak. Harap otai-otai emas yang ada dapat membantu dan bimbing aku untuk terus maju dalam pelaburan emas ini. Aku juga akan cuba share apa maklumat yang aku dapat supaya ilmu tue terus berkembang dan terus dimanfaatkan. Ada la jugak bekalan nak dibawa di kemudian hari nanti..Bak kat penulis blog pokli.com "Sharing Is Caring".Selamat malam semua..
No comments:
Post a Comment