Mungkin ada yang sudah sedia maklum tentang perkhidmatan mendapatkan informasi terkini bagi harga emas dan harga dinar Public Gold melalui SMS dan mungkin ada juga yang belum tahu lagi. Bagi yang belum tahu, lepas nie bolehlah gunakan perkhidmatan nie untuk informasi harga emas Public Gold lebih cepat & terkini.
Antara keistimewaan perkhidmatan terbaru yang perkenalkan ini adalah;
1. Sesuai untuk pelabur emas PG yang sentiasa bergerak (susah nak access internet).
2. Harga emas antarabangsa masa kini banyak berubah-ubah, dengan perkhidmatan ini pelabur-pelabur boleh mendapat infomasi harga dengan pantas dan lebih senang untuk membuat keputusan jual - beli emas /dinar untuk stok mereka.
3. Untuk ejen-ejen, mereka boleh "on the spot" tentukan harga untuk pelangan mereka masing-masing semasa membuat "closing". Jimatkan masa dan tidak biar peluang keemasan tercicih.
Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan SMS ini?
1. Bagi mendapatkan harga Public Gold dengan perkhidmatan SMS ini, taip public gold dan hantar ke 32828. Anda akan mendapat harga emas Public Gold yang terkini dalam masa beberapa saat sahaja.
2. Bagi mendapatkan harga Public Dinar melalui SMS, taip public dinar dan hantar ke 32828.
Dengan perkhidmatan sms ini, segalanya menjadi lebih senang dan cepat. Anda boleh mendapat harga Public Gold yang terkini pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda berada. Setiap SMS akan dikenakan caj RM0.30.
Wassalam..
No comments:
Post a Comment