Salam semua..
Setelah lama menyepi dan kini kembali untuk post terbaru aku.. menyepi kerana sibuk dengan kerja dan sibuk kumpul modal untuk beli emas.. akhirnya aku dapat gak beli emas untuk tambahkan koleksi dan aset aku..
Yes!!! aku dah dapat PG 20g, PG 50g, PD 5dinar & PD 10 dinar.. rasa puas kat hati aku nie.. asalnya nak kumpul modal jadi agen, tapi dalam sebulan dua nie harga emas melonjak naik secara mendadak & modal untuk jadi agen juga turut naik sampai mencecah ke RM40000.. Dijangka akan bertambah lagi modal untuk jadi agen sekiranya harga emas menggila naik dalam masa terdekat nie.. Bagi aku harga emas akan naik ke paras RM 1200 per ounce hingga hujung tahun nie.. Tapi jika ada issue atau spekulasi mengenai emas dari pembeli2 emas besar dunia (ie; bank-bank besar & negara/kerajaan) pasti harga akan lebih tinggi lagi..
Strategi aku yang seterusnya pula adalah untuk sambar PG 100g & PD 1dinar bila OD ASW2020 aku release.. masalah nya sekarang progress OD ASW aku lembab gile sebab staff bank yang uruskan OD aku tue cuti sakit.. Boleh plak camtu.. Huhu.. Dah sebulan pending.. Minggu depan aku akan follow up balik status OD ASW aku..
Selesai aje aku dapatkan PG 100g & PD 1dinar, boleh aku terus apply untuk jadi agen PG.. Kiranya kumpul emas perlahan-lahan untuk jadi agen.. Bila di puratakan harga emas yang aku guna untuk beli semua emas tu tadi, hasilnya jumlah modal aku untuk jadi agen akan kurang sket dari aku kumpul duit sampai cukup & apply jadi agen.. Betul tak?? Betulkan aku kalau aku salah.. hehe..
Aku stop kat sini dulu & sebelum tu aku nak wish Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.. Maaf zahir dan batin..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment